Wednesday, 31 December 2008

Hippeastrum Zombie, part 1

Copied from my Fotopage

Cerita pasal Amaryllis/Hippeastrum 'Zombie'. Kenapa ia dinamakan Zombie entahlah ... ikut teorinya, sebab bunganya kembang tunduk sikit ....

Bawang ni dibeli secara tender melalui e-Bay dengan harga USD6.01 sebiji. Kos penghantaran USD5.65. Jumlah dalam RM sebanyak RM 37, kira OK lah sebab jauh nak hantar tu, dari USA lagi. Ikut ceritanya bulb ni dibiakkan di South Africa, lepas tu dihantar ke Holland. Kemudian dihantar kpd distributor/seller kat USA. Dari USA, bulb ni diterbangkan ke Putrajaya... hehehe dah jauh berjalan mengelilingi dunia ni ...
Bulb ni sampai masa kami tengah bercuti raya haji ... posmen baling je kotak tu dari pintu agar ke bawah porch .. :rant:

Ni gambo masa lepas buka ... kulit dan akarnya dah kering ... masih boleh idop ke ni? :-) :-) :-)


Selepas dikupas kulitnya yg kering ... ehhh ada dua bublets melekat, bila dah agak beso, nak asingkan masuk pasu lain ... heppi sesangat :-> :-> :->

Pastu rendam bhg akarnya dalam air overnight, supaya akarnya segar balik dan lembut ... senang nak tanam dalam tanah ... 8-) 8-) 8-)


Dah siap tanam dalam pasu ... media tanah campur pasir sebab pokok jenis bebawang memerlukan well draining soil ...kalau tak akarnya akan tumbuh fungus dan mereput :-) :-) :-)


Seminggu kemudian ...jeng-jeng-jeng dah keluar scape/spike ... wahhh ... ada DUA scape... lelagi hepi ... :-D :-D :-D


Sekian untuk kali ini .... tunggu posting yang akan datang kalau nak tengok bunganya ... hehehe :wave: